Filem The Batman yang dibintangi Robert Pattinson akan ditayangkan di pawagam-pawagam filem bermula 3 Mac ini, dan bersempena dengan itu, perkhidmatan penstriman filem dan siri televisyen HBO Go telah hadir dengan penawaran menayangkan 35 tajuk filem dan siri kanak-kanak Batman bermula hari ini sehingga 13 haribulan Mac.

Filem The Batman dilihat filem pertama DCEU pasca pandemik dan selepas ketibaan filem The Justice League Snyder Cut, dan filem ini dilihat akan menjana keasyikan baru untuk para peminat siri filem DC Extended Universe.

Diantara filem-filem dan siri kanak-kanak Batman popular yang akan ditayangkan termasuklah Zack Snyder’s Justice League, Batman vs Superman: Dawn of Justice Ultimate Edition, siri trilogi The Dark Knight, Batman: The Killing Joke, siri Batman Unlimited, Beware The Batman dan Batman: Year One.

Senarai penuh siri Batman yang akan ditayangkan oleh HBO Go adalah seperti berikut:

Sohor Kini