Mechamato adalah antar siri animasi tempatan yang berjaya menerobos ke pasaran Asia sejak ia mula ditayangkan di saluran Cartoon Network. Siri yang cukup popular ini akhirnya akan ditayangkan di Cartoon Network Jepun dengan audio bahasa tempatan. Bagi peminat Mechamato yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah suara Amato dan MechaBot dalam bahasa Jepun, klip telah dikongsi di bawah.

Malang sekali bagi peminat di Malaysia, video rasmi Mechamato dalam bahasa Jepun telah dihalang dari ditonton di YouTube. Anda perlu menggunakan VPN untuk mengakses klip rasmi ini. Bagi peminat siri animasi Jepun sejak dekad 80an lagi, saya harus katakan wujud perasaan bangga melihat siri animasi Malaysia pula dialih suara ke bahasa Jepun.

Putaran roda lengkap dengan animasi tempatan jelas setanding dengan animasi dari negara luar. Ini membuktikan Malaysia mempunyai bakal dan kemampuan cuma sejak sekian lama dikekang oleh pelbagai pihak yang tidak memahami industri. Jika animasi boleh mengapa filem kita masih di takuk lama malahan ada yang percaya mula bergerak kebelakang.

Sohor Kini