Nampaknya Warner Bros. menggemari bakat dan kejayaan John Cena dalam siri TV Peacemaker, begitu juga dengan James Gunn. Terkini mereka telah disahkan akan terlibat dengan filem aksi nyata hibrid Looney Tunes yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 21 Julai 2023.

Filem ini berjudul Coyote vs. Acme dan mengisahkan Wile E. Coyote bersama peguam beliau untuk menyaman Acme Corp. kerana kesemua produk yang digunakan untuk memburu Roadrunner gagal berfungsi. Tetapi John Cena yang memegang watak sebagai bekas bos Acme muncul bagi membantu si Coyote ini menang.

James Gunn pula akan menerbit filem ini bersama Chris DeFaria di bawah studio beliau Two Monkeys, A Goat and Another, Dead, Monkey. Filem ini akan diarahkan oleh Dave Green dengan skrip daripada Samy Burch yang diadaptasi daripada artikel “Coyote v. Acme” karya Ian Frazier.

Kedua-dua James Gunn dan John Cena turut akan meneruskan Peacemaker musim kedua, dan James Gunn turut akan sibuk dengan satu lagi siri sampingan The Suicide Squad sebagai kandungan eksklusif di HBO Max.

Sohor Kini