How I Met Your Father Akan Diteruskan Untuk Musim Kedua

Walaupun menerima kritikan, siri sampingan HIMYM iaitu How I Met Your Father yang menyertakan Sophie lakonan Hillary Duff sebagai “Ted” untuk siri ini dan ditemani pula oleh Jesse (Christopher Lowell), Valentina (Francia Raisa), Sid (Suraj Sharma), Ellen (Tien Tran) dan juga Charlie (Tom Aisley) – ia masih mempunyai peminat tersendiri.

Siri TV ini turut cuba menyampaikan banyak petunjuk dan mengimbau kembali kenangan indah daripada How I Met Your Mother. Cuma untuk siri sampingan, mereka cuba sesuaikan dengan zaman moden.

Terkini, siri TV ini diumumkan akan diteruskan untuk musim kedua. Jelas di sini membuktikan yang siri ini ditonton ramai dan cukup popular. Masih tidak jelas lagi, apakah pula kisah pada musim kedua akan datang, siapakah pelakon yang kekal dan bilakan siaran akan bermula.

How I Met Your Father pun masih lagi disiarkan di Hulu dengan episod terkini adalah yang keenam, dan mempunyai baki empat episod lagi. Jadi untuk musim baharu keluar, kita perlu beri mereka lebih masa lagi. Siri ini turut akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 9 Mac akan datang.

Sohor Kini