Pemain industri Jepun kini bekerjasama dalam membentuk sebuah multimesta sinematik yang besar – mengintegrasikan sejumlah nama-nama besar yang terkenal di dunia.

Antara syarikat yang bekerjasama adalah Toho, Toei Khara dan juga Tsubraya Productions. Melalui kerjasama ini, mereka membentuk sebuah alam tersendiri, dinamakan Shin Japan Heroes Universe.

Buat masa ini, tiada sebarang perkara lanjut telah diumumkan, tetapi laman rasmi untuk Shin Japan Heroes Universe telah pun aktif.

Melaluinya, ia sedia mengintegrasikan Ultraman, Godzilla, Kamen Rider dan juga Evangelion. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Shin Japan Heroes Universe ini.

Sohor Kini