Malam tadi, DC telah hadir dengan video berjudul DC – The World Needs Heroes. Dalam video ini, beberapa klip daripada filem-filem DC akan datang dipertontonkan iaitu untuk filem The Batman, Black Adam, The Flash dan Aquaman and The Lost Kingdom.

Untuk The Batman, kita masih tidak tahu masa depan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne dan Batman sama adakah hanya untuk satu filem, adakah dunia tersendiri dan sebagainya. Tetapi apa yang jelas, semangat beliau untuk teruskan perjuanagan menentang korupsi dan jenayah bandar Gotham turut disumbang oleh Catwoman.

Black Adam turut hadir dengan beberapa klip baharu. Ia memperlihatkan kisah asal usul Black Adam seperti kenapa beliau dihidupkan kembali, kenapa beliau menjadi kejam dan turut kelihatan Hawkman (Aldis Hodge), Doctor Fate (Pierce Brosnan) dan Atom Smasher (Noah Centineo) beraksi serta kemunculan Cyclone (Quintessa Swindell) buat pertama kalinya.

Dalam klip The Flash, penonton boleh dengar buat pertama kalinya pula suara Michael Keaton sebagai Bruce Wayne/Batman yang memberi nasihat kepada The Flash untuk merentas masa. Ada sedikit vibe The Flashpoint Paradox dan Flashpoint dari Arrowverse, cuma dengan visual yang kelihatan lebih gempak.

Akhir sekali adalah Aquaman and the Lost Kingdom, yang memperlihatkan Aquaman memegang takhta untuk menjadi raja lautan. Cuma adakah ‘rakyat’ akan menerima beliau sebagai pemimpin?

Tahun ini dilihat adalah tahun DC bangkit dengan filem-filem berasaskan komik yang menarik. Harapnya mereka boleh temui satu jalan penyelesaian untuk gabungkan menjadi satu dunia yang baik seperti MCU, atau sekurang-kurangnya memfokuskan dunia masing-masing tanpa ada penulisan seakan skrip Arrowverse. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini