Filem pengembaraan yang menggunakan banyak elemen komedi seperti Journey to the Center of the Earth, Jumanji, dan banyak lagi adalah antara filem yang mudah untuk ditonton kerana ia ringan, ringkas, dan mempunyai format yang sama. Orang kata if it ain’t broke why fix it? Jadi tidak terkejut kenapa The Rock temui kejayaan beliau dan selesa dengan filem seperti ini.

Terkini, Paramount Pictures bakal hadir dengan filem lebih kurang sama iaitu The Lost City yang menyertakan pelakon seperti Channing Tatum dan Sandra Bullock. Berikut adalah treler baharu kepada filem ini;

Filem ini mengisahkan seorang penulis novel cinta pengembaraan di lokasi yang eksotik, Loretta Sage (Sandra Bullock) yang telah diculik oleh bilionwan lakonan Daniel Radcliffe ketika sesi promosi novel baharu beliau. Watak utama dalam novel beliau adalah Dash yang dibawakan oleh Alan lakonan Channing Tatum.

Cuba membuktikan yang Dash bukan sahaja watak fiksyen, Alan ingin menjadi hero untuk menyelamatkan Loretta. Filem ini diarahkan oleh Adam Nee dan Aaron Nee.

Pelakon lain yang turut serta adalag Da’Vine Joy Randolph, Oscar Nuñez, Patti Harrison dan Bowen Yang. Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan 7 April akan datang.

Sohor Kini