How I Met Your Father adalah siri sampingan kepada sitkom popular How I Met Your Mother. Siri TV ini memfokuskan kisah hidupan mencari cinta sejati Sophie lakonan Hillary Duff yang dikatakan adalah “Ted” untuk siri ini. Beliau ditemani dengan Jesse (Christopher Lowell), Valentina (Francia Raisa), Sid (Suraj Sharma), Ellen (Tien Tran) dan juga Charlie (Tom Aisley).

Siri ini sudah pun disiarkan di Hulu untuk pasaran Amerika Syarikat 18 Januari lalu dan mempunyai 10 episod secara keseluruhan. Baru-baru ini, Disney+ Hotstar telah mengesahkan yang siri ini turut akan disiarkan di Malaysia – bermula 9 Mac akan datang.

Walaupun penulis sama HIMYM terlibat dalam siri TV ini, ia telah diolah untuk menjadi sedikit berlainan dan lebih sesuaian dengan peredaran zaman. Setakat ini ramai pengkriti kurang gemar dengan siri ini, manakala untuk peminat ia menerima kritikan yang bercampur.

Adakah anda peminat HIMYM dan akan tonton HIMYF? Jika ya, sama-sama kita nantikan 9 Mac kelak.

Sohor Kini