Selepas 4 tahun menanti, filem sekuel Jurassic World akan kembali iaitu Jurassic World: Dominion. Filem ini akan memperlihatkan bagaimana manusia hidup bersama haiwan yang sepatutnya telah pupus.

Baru-baru ini, treler kepada filem ini telah dikongsi dan ia memperlihatkan satu penceritaan yang menarik. Kita boleh lihat dinosaur mula menyebabkan huru-hara, ada pakar yang tidak bersetuju dengan kembalinya kewujudan haiwan ini dan banyak lagi.

Filem ini diarahkan oleh Colin Trevorrow dan merupakan empat tahun selepas Jurassic World: Fallen Kingdom, yang mana dinosaur sudah kembali hidup bersama manusia. Dalam filem ini, ia dilihat manusia sukar untuk hidup bersama manusia dan telah menyebabkan bencana ekologi. Owen Grady lakonan Chris Pratt dilihat masih bertanggungjawab terhadap dinosaur-dinosaur ini, manakala pakar pula tidak bersetuju.

Jadi, adakah dinosaur perlu pupus atau dipindahkan ke satu tempat selamat?

Apa yang menarik dengan filem ini adalah Ellie Satler dan Alan Grant kembali sebagai watak legasi daripada filem filem asal, menyertai Ian Malcolm. Ketiga-tiga watak ini masih kekal dilakonkan oleh Laura Dern, Sam Neill dan Jeff Goldblum.

Filem ini turut menyertakan Steven Spielberg sebagai penerbit eksekutif. Antara pelakon lain dalam filem ini adalah Bryce Dallas Howard, DeWanda Wise, Mamoudou Athie, BD Wong, Omar Sy, Isabella Sermon, Campbell Scott, Justice Smith, Scott Haze, Dichen Lachman dan Daniella Pineda.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Jun 2022. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini