Obi-Wan Kenobi Akan Disiarkan Di Disney+ Pada 25 Mei Kelak

Peminat Star Wars pasti tidak sabar untuk menantikan siri TV sampingan Obi-Wan Kenobi. Ini kerana ia Ewan McGregor akan kembali sebagai Obi-Wan dan juga Hayden Christensen akan kembali sebagai Darth Vader. Ia adalah satu fan service yang mungkin akan menyentuh hati bagi peminat setia.

Siri TV Obi-Wan disahkan berlaku pada masa di antara filem Solo berlaku. Apa yang menarik dengan garis masa rasmi ini adalah, ia dibahagikan kepada tiga era; Age of Republic, Age of Rebellion dan Age of Resistance. Lebih spesifik siri TV ini berlaku 10 tahun selepas Star Wars: Episode III — Revenge of the Sith.

Menceriakan lagi dunia Star Wars ini adalah Moses Ingram dan Kumail Nanjiani yang turut akan terlibat dalam siri TV ini. Terkini selepas sekian lama peminat semua menanti dengan penggambaran yang asyik tunda – Disney mengumumkan tarikh siaran bagi siri TV ini. Ia akan disiarkan di Disney+ pada 25 Mei kelak.

Sohor Kini