TGV hari ini telah mengeluarkan ciapan melalui akaun Twitter mereka mengatakan bahawa para peminat anime Jujutsu Kaisen akan menerima sebuah berita gembira tidak lama lagi.

Mereka dilihat akan menayangkan filem anime Jujutsu Kaisen 0 tidak lama lagi. Jujutsu Kaisen 0 merupakan salah satu filem anime yang paling popular yang ditayangkan di pawagam Jepun pada penghujung tahun lepas.

Jujutsu Kaisen 0 merupakan filem prekuel kepada siri anime dan manga Jujutsu Kaisen, yang mana watak utamanya ialah Yuta Okkotsu dan menceritakan tentang bagaimana dia menerima sumpahan daripada teman wanitanya yang telahpun mati, dan bagaimana Satoru Gojo membantunya mengawal sumpahan tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah TGV akan menayangkan filem anime ini, tapi kami menjangkakan ia akan tiba sekitar bulan Februari atau Mac 2022 tidak lama lagi.

Sohor Kini