Space Force adalah siri TV baharu dari Greg Daniels dan Steve Carell, iaitu orang yang sama di sebalik sitkom The Office. Siri TV ini adalah siri komedi mengisahkan General Mark (Steve Carell) menguruskan cawangan tentera yang keenam iaitu Space Force.

Musim pertama tamat dalam keadaan ang agak tergantung. Selepas dua tahun mendengar Netflix mula menempah yang siri TV ini akan diteruskan untuk musim kedua – hari ini treler pertama baginya telah dikongsi.

Jalan cerita musim kedua ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi ia mungkin akan terus bersambung, dengan konflik di bulan bersama kerajaan China yang ‘memiliki’ tanah di bulan. Mereka turut sedar yang musim pertama terlampau fokus kepada sinematografi dan kualiti perfileman, menjadikan pengalaman menonton kurang seronok bukan sahaja untuk penonton tetapi juga untuk mereka yang berlakon.

Musim kedua ini, Ken Kwapis yang akan mengarah dan menjanjikan kepada semua orang yang kali ini ia adalah lebih lucu dan menghiburkan. Proses penggambaran juga dikatakan lebih menenangkan dan pelakon mempunyai lebih kebebasan dab tidak begitu terikat dengan skrip.

Space Force musim kedua akan disiarkan di Netflix pada 18 Februari ini.

Sohor Kini