Siapa sini tonton sitkom The Office? Jika ya, anda pasti kenal pelakon Steve Carell dan John Krasinski yang memainkan watak Michael Scott dan Jim Halpert. Kali terakhir mereka berdua berada di kaca skrin adalah dalam episod akhir The Office pada tahun 2013.

Kini selepas 9 tahun, Steve Carell dan John Krasinski akan bergandung bahu dalam satu filem bersama-sama buat pertama kalinya. Filem ini adalah IF, filem asli daripada John sendiri yang mana beliau yang tulis, menjadi pengarah dan turut akan menerbit melalui syarikat produksi beliau Sunday Night.

Ryan Reynolds juga akan menyertai beliau sebagai pelakon dan turut akan membantu dalam proses penerbitan melalui syarikat beliau, Maximum Effort. Filem ini akan menceritakan pengembaraan seorang kanak-kanak kembali mencari imaginasi beliau. Watak kanak-kanak ini akan dilakonkan oleh Alan Kim.

Filem ini akan diedarkan oleh Paramount Pictures dan dijadualkan untuk ditayangkan pada 17 November 2023. Butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini