Apple TV+ sejak kebelakangan ini turut aktif dengan kandungan daripada Korea Selatan. Selepas Dr. Brain, kini mereka bakal hadir dengan Pachinko pula.

Pachinko adalah siri TV mengenai kisah cinta yang terlarang. Ia bukan sahaja drama cinta, tetapi turut menceritakan kisah peperangan dan keamanan, perhitungan mati dan kejatuhan seseorang yang berlaku di antara Korea, Jepun dan Amerika.

Siri TV ini mempunyai 8 episod dan 3 episod pertama akan disiarkan pada 25 Mac 2022 dan diteruskan secara mingguan sehingga 29 April 2022.

Soji Arai akan berlakon sebagai Mozasu, Jin Ha sebagai Solomon, Inji Jeong pula adalah Yangjin, Minha Kim sebagai Sunja ketika remaja, Lee Minho sebagai Hansu, Kaho Minami pula melakonkan watak Etsuko, Steve Sanghyun sebagai Isak, Anna Sawai sebagai Naomi, Junwoo Han sebagai Yoseb, Eun Chae Jung sebagai Kyunghee muda, Jimmi Simpson pula adalah Tom Andrews, Yu-na Jeon sebagai Sunja muda dan Youn Yuh Jung sebagai Sunja versi tua.

Soo Hugh yang pernah terlibat dengan The Terror dan The Killing bertanggungjawab untuk skrip dan juga sebagai penerbit eksekutif serta pencipta siri TV ini. Kogonada dan Justin Chon pula selain menjadi penerbit eksekutif turut mengarah 4 episod pertama.

Sohor Kini