Filem/siri TV misteri pembunuhan komedi juga antara genre kegemaran aku. Filem seperti ini turut digelar sebagai whodunnit, di mana akan ada watak cuba menyelesaikan misteri pembunuhan dan akan melalui pelbagai halangan seperti tekaria, misteri, dan selepas pelbagai tuduhan – biasanya pembunuh adalah yang berada dekat dengan watak utama.

Jika filem/siri TV ini ada elemen komedi pasti akan aku tonton seperti Only Murders In Building di Disney+ Hotstar, atau akan datang The Afterparty di Apple TV+.

Netflix juga bakal hadir dengan siri TV seperti ini berjudul Murderville. Siri TV ini akan mempunyai enam episod dan Will Arnett adalah antara individu bertanggungjawab menjayakan siri TV ini, ia adalah idea beliau kepada Netflix.

Setiap episod akan mempunyai misteri pembunuhan berbeza dan rakan kerjasama Detective Terry Seattle ini adalah selebriti jemputan yang tidak diberikan skrip. Jadi mereka tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada mereka dan perlu teka siapakah pembunuh bagi setiap episod.

Will Arnett adalah watak utama dalam siri TV ini, beliau akan menjadi Detective Terry Seattle. Bersama-sama dengan beliau adalah terkenal seperti Haneefah Wood sebagai Chief Rhonda Jenkins, Lilan Bowden sebagai doktor Amber Kang, Phillip Smithey pula sebagai Detective Darren ‘Daz’ Phillips.

Turut menyertai mereka adalah selebriti jemputan seperti Annie Murphy, Conan O’Brien, Ken Jeong, Kumail Nanjiani, Sharon Stone, dan juga Marshawn Lynch.  Siri TV ini akan disiarkan pada 3 Februari akan datang.

Sohor Kini