Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan filem pengembaraan berpisah tiada. The Rock dilihat telah menemui formula kejayaan beliau dan studio produksi Seven Bucks dengan filem bertemakan pengembaraan aksi komedi.

Terkini, Seven Bucks bakal hadir dengan filem Red One. Filem ini akan ditulis oleh Chris Morgan (Fast & Furious), pengarah pula adalah Jake Kasdan (Jumanji) dan ia akan disiarkan di Prime Video pada tahun 2023 sebagai filem sempena musim cuti.

Apa yang menarik dengan filem ini adalah, di samping The Rock sebagai pelakon utama – Chris Evans juga akan menyertai beliau. Menjadikan sekali lagi, Seven Bucks berjaya mengambil pelakon A-List dalam projek-projek mereka selepas kejayaan Red Notice.

Selepas Red One selesai, mereka akan terus memulakan penggambaran untuk filem Jumanji yang ketiga pula. Buat masa ini, butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan. Apa yang kita tahu, Red One adalah satu lagi filem pengembaraan aksi komedi yang akan membuatkan watak-watak merantau di peringkat global.

Sohor Kini