Netflix hari ini memperlihatkan treler acah kepada filem animasi Pinocchio, yang memperlihatkan watak Sebastian J. Cricket, ataupun Jimminy Cricket bagi mereka yang ingat akan watak cengkerik daripada filem animasi Disney.

Perbezaan filem animasi yang akan tiba ke Netflix ini ialah ia dilihat menggunakan animasi stop-motion, dan akan hadir dengan penceritaan yang sedikit berbeza dengan apa yang kita mungkin ketahui sebelum ini. Setakat ini, beberapa butiran yang kita tahu mengenai filem animasi ini ialah ia akan diarahkan oleh Guillermo Del Toro dan Mark Gustafson, dan suara Sebastian J. Cricket dimainkan oleh Ewan McGregor.

Seperti yang juga diperlihatkan pada video acah ini, Pinocchio, yang merupakan projek jangka-masa panjang Guillermo Del Toro akan ditayangkan pada bulan Disember tahun ini di platform penstriman Netflix.

Sohor Kini