Siapa ingat filem Yesterday? Ia adalah filem memfokuskan Malik, lakonan Himesh Patel – seorang penyanyi yang masih belum temui kejayaan yang diingini. Sehinggalah suatu hari, kejadian aneh berlaku di dunia yang mana hanya beliau seorang sahaja ingat kewujudan kumpulan penyanyi The Beatles.

Sedar akan itu, beliau ambil kesempatan menjadikan lagu-lagu The Beatles sebagai lagu beliau sendiri. Filem ini ditayangkan pada tahun 2019 edaran Universal Pictures.

Baru-baru ini dua peminat Ana de Armas telah memfailkan saman ke atas Universal Pictures atas tuduhan memperdaya penonton dengan treler. Dalam treler filem, terdapat adegan Malik bersama Roxane lakonan Ana de Armas – tetapi selepas mereka sewa filem ini pada harga $3.99 di Prime Video dan mendapati dalam filem tersebut adegan Malik dan Roxane bersama James Corden telah dipotong.

Atas berasa kesal, peminat ini memfailkan saman dengan tuntutan $5 juta mewakili semua pelanggan yang terpedaya.

Adegan ini dipotong dan dimasukkan dalam versi digital yang boleh didapati di platform lain. Ia dipotong kerana ingin memberi fokus kepada kisah cinta Malik dan Ellie lakonan Lily James.

Sohor Kini