Bersempena Tahun Baru Cina tahun ini yang juga merupakan tahun Harimau, Netflix telah hadir dengan laman khas untuk pengguna nikmati pelbagai kandungan eksklusif berbahasa Cina. Laman Netflix.com/888 menyenaraikan pelbagai kandungan menarik yang semua boleh tonton untuk menjadikan Tahun Baru Cina tahun ini lebih ceria.

Antara kandungan eksklusif baru yang ditawarkan adalah Once Upon A Time, kisah cinta fantasi lakonan Liu Yi Fei, Bleeding Steel sebuah filem aksi Jackie Chan mengisarkan ciptaan saintis hebat yang merbahaya jika jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab serta filem komedi Buddy Cops lakonan Bosco Wong dan King Kong Li.

Jika ingin filem yang penuh emosi, Netflix turut menawarkan Zero to Hero iaitu kisah benar mengenai paralimpik So Wa-wai, kemudian turut ada filem Yanxi Palace: Princess Adventures iaitu filem di zaman Dinasti Qing yang suspen dan penuh drama, atau juga The Falls yang mengisarkan ibu dan anak ketika Covid-19 yang pasti akan membuatkan anda menangis dan ingin minta maaf kepada Ibu kandung. Green Snake dan Light the Night turut ditawarkan di platform penstriman ini, memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk memilih kandungan apa yang ingin ditonton.

Di laman Netflix.com/888 pelbagai lagi kandungan boleh diakses mengikut pelbagai kategori. Jika anda ingin habiskan masa cuti Raya Cina anda kelak, saksikan filem-filem ini yang kini disiarkan di Netflix.

Sohor Kini