Bong Joon Ho tidak dinafikan adalah seorang pengarah yang berbakat. Antara filem beliau yang popular adalah Train To Busan dan Parasite. Kini sudah 2022 dan beliau masih tiada filem baharu, kali terakhir adalah Parasite pada tahun 2019.

Terkini syarikat beliau Offscreen, bersama-sama dengan Dooho Choi untuk Kate Street Picture Company (Ghosbuters: Afterlife, Aquaman, Ready or Not) dan Plan B (Ad Astra, World War Z, Kick-Ass 2) akan hadir dengan filem cereka sains berdasarkan novel Mickey7 karya Edward Ashton.

Apa yang menarik dengan berita ini adalah, Bong Joon Ho memilih Robert Pattinson iaitu pelakon Bruce Wayne/Batman dalam filem The Batman untuk membintangi filem beliau. Novel Mickey7 masih belum diterbitkan lagi dan hanya akan tiba sekitar suku pertama tahun ini.

Novel ini menceritakan kisah pekerja yang boleh dikorbankan mengembara di dunia ais Niflheim. Mickey selaku watak utama adalah insan bertanggungjawab jika ada tugasan merbahaya dan boleh membawa maut, kerana tubuh beliau boleh dijana semula dengan memori masih kekal. Selepas enam kematian dan kini dijana kali ke-7, barulah beliau sedar kenapa jawatan ini kosong sebelum beliau memohon.

Walau bagaimanapun, jika lihat kembali hasil Bong Joon Ho, kebanyakan adaptasi beliau biasanya akan diubah dan tidak akan mengikut novel, kerana hanya inspirasi sahaja yang akan diambil. Buat masa ini, tiada lagi butiran lanjut didedahkan mengenai filem ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini