Prime Video seperti yang kita semua sedia maklum bakal menyiarkan siri TV The Lord of the Rings pada September akan datang. Namun butiran penuh mengenainya masih belum jelas, seperti kita masih belum lihat treler dan watak utama bagi siri TV ini.

Malam tadi, Prime Video telah berkongsi judul bagi siri TV ini dan ia adalah The Lord Of The Rings: The Rings Of Power. Bersama-sama dengan pengumuman judul ini, video intro yang mendedahkan judul turut dikongsi – yang mana ia dihasilkan secara fizikal dan bukannya grafik digital.

Judul ini diukir daripada kayu dengan logam dileburkan membentukkan judul siri TV ini. Dalam video intro ini juga, Ring Verse dibacakan menjelaskan kuasa hebat 20 cincin Rings of Power.

Siri TV ini akan menceritakan kisah cincin yang dibentuk ketika Second Age Middle-earth, kebangkitan Dark Lord Sauron, kisah Númenor serta Last Alliance of Elves and Men.

Siaran akan bermula di Prime Video 2 September ini.

Sohor Kini