Real Steel ditayangkan pada tahun 2011, iaitu sebuah filem robot bertinju yang memfokuskan kepada hubungan bapa dan anak. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman dan selepas 11 tahun, Disney dikatakan berminat untuk meneruskan siri ini di Disney+.

Shawn Levy selaku pengarah filem ini turut dikatakan akan kembali melibatkan diri dengan projek baharu ini. Turut belum didedahkan lagi adalah sama ada Real Steel di Dinsey+ ini adalah filem atau siri dan adakah ia akan bersambung atau olahan semula?

Menurut EW, Shawn dan Hugh telah pun berbincang mengenai masa depan Real Steel semasa penggambaran filem pertama. Tetapi mereka masih belum ada idea lengkap dan tiada ada bajet yang mencukupi untuk teruskan konsep yang bermain dalam fikiran mereka.

AKu sukakan konsep filem ini, dan jika ia berjaya dihasilkan aku harapkan ia adalah satu siri/filem yang berkualiti dan bukan hanya ala kadar kerana asal ada untuk kejar pesaing.

Sohor Kini