Podly Adalah Podsiar Di Sebalik Tabir Peacemaker

Peacemaker akan disiarkan esok, 13 Januari di HBO Max. Ia adalah sekuel kepada The Suicide Squad dengan kisah sampingan Peacemaker lakonan John Cena.

Siri TV DC ini mempunyai lapan episod secara keseluruhan. Baru-baru ini Twitter rasmi Peacemaker mengumumkan yang mereka turut hadir dengan podsiar khas – Podly yang akan berlangsung pada setial hujung episod.

Fiona Nova dan Ify Nwadiwe akan menjadi hos dengan James Gunn sebagai tetamu jemputan episod pertama. Podsiar ini akan disiarkan di HBO Max dan YouTube.

Sohor Kini