Dikemaskini – Tarikh tayangan ditunda ke 19 Mei 2022, Khamis.


Adrian Teh dan Act 2 Pictures iaitu individu dan studio yang menjayakan filem Wira (2019), Pasal Kau (2020) serta Ada Hantu (2021) kembali lagi dengan filem tempatan memfokuskan kepada pelakon Hairul Azreen. Kali ini lebih hebat kerana Sony Pictures turut terlibat dan dilaporkan filem ini menelan bajet sebanyak RM6 juta. Selain Hairul, Iedil Dzuhrie turut dilihat menjadi watak utama dalam filem ini.

Berikut adalah treler The Assistant;

Filem ini mengisarkan Zafik (Iedil) yang dipenjarakan atas kerana jenayah yang beliau tidak lakukan. Selepas lama dipenjarakan dan bebas, beliau ingin balas dendam dan tepat pada masanya dan sentiasa pada saat yang amat memerlukan Feroz (Hairul) muncul membantu. Bantu bukan sebarang bantu, tapi menghasut Zafik menjadi hantu.

Persoalannya apa motif si Feroz ini? Kalau dah nama filem Adrian Teh, tidak sah kalau Henley Hii tidak terlibat. Dalam filem ini beliau berlakon sebagai Sam dan menemani beliau adalah Farali Khan yang berlakon sebagai Sofia.

Berdasarkan treler, filem ini dilihat ada kemungkinan besar bermain dengan konsep seakan Fight Club. Nampak macam Feroz hasut Zafik, tetapi tidak terkejut kalau sebenarnya semua kelakuan aneh dan jahat ini adalah Zafik sendiri sepanjang masa. Feroz hanya bayangan beliau. Aksi yang dipersembahkan juga nampak hebat dan dahsyat.

Hairul Azreen bagi yang tidak tahu amat minat dengan aksi dan melakukan semuanya sendiri. Filem ini dikatakan menggunakan koreografi aksi yang lebih teknikal. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan tayangan filem ini 10 Mac akan datang.

Sohor Kini