The Raid: Redemption dan The Raid 2 adalah dua filem aksi dari Indonesia yang dikenali seluruh dunia. Filem ini menjadi terkenal kerana sinematografinya serta koreografi aksi yang gila hebat dan cool. Bukan setakat itu, aksi yang hebat dalam filem ini juga dipadankan dengan elemen ganas dan ngeri yang berdarah.

Gareth Evans selaku penulis, penerbit dan pengarah filem asal akan kembali bersama dengan Patrick Hughes iaitu juga penulis asal untuk menghasilkan filem olahan semula versi bahasa Inggeris di Netflix. Apa yang mengejutkan adalah Michael Bay akan menjadi penerbit dan studio beliau XYZ Films akan membantu menghasilkan filem ini.

Kalau The Raid di Indonesia, filem olahan ini akan berlaku di kawasan jenayah Philadelphia. Filem akan fokus kepada pegawai DEA yang menyamar untuk menangkap tauke dadah kawasan.

Memandangkan ia adalah iterasi barat dan mungkin akan lebih moden, akan menarik untuk lihat bagaimana mereka bertiga akan hasilkan filem ini. Aksi-aksi dalam The Raid terlalu hebat sukar untuk dilupakan, mampukah filem olahan ini menandingi filem asal? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini