Peacemaker Akan Disiarkan Di HBO Go 13 Januari Ini

Peacemaker adalah siri TV kisah sampingan kepada The Suicide Squad. Ia juga merupakan sekuel kepada The Suicide Squad kerana ceritanya berambung terus daripada adegan pasca-kredit filem tersebut.

Siri ini akan memfokuskan kepada kisah Peacemaker, misi bahary beliau selepas berhadapan dengan Rick Flag dan Starro. Misi ini adalah menghapuskan Butterfly, dan beliau juga akan menyertai pasukan Black Ops Amanda untuk memastikan beliau tidak dipenjarakan.

Siri TV ini padat dengan aksi, komedi dan adegan gila ganas, ngeri. Selepas berbulan menantikan bila ia akan disiarkan, HBO Go Asia hari ini mengesahkan yang Peacemaker akan disiarkan pada 13 Januari ini serentak dengan siaran di Amerika Syarikat.

Sohor Kini