Scott Pilgrim vs. The World adalah filem yang berjaya mencuri hati jutaan peminat, sehinggakan filem ini dikategorikan sebagai filem kultus. Diadaptasi daripada komik karya Bryan Lee O’Malley oleh Edgar Wright bersama Michael Cera dan Mary Elizabeth Winstead untuk watak utama.

Filem mengisahkan Scott yang perlu berjuang merampas hati Ramona, sambil bersemuka dengan tujuh bekas kekasih Ramona yang kejam. Ia adalah muzikal, komedi, romantik dan gila. Terkini, Netflix dan Universal Content Productions akan mengadaptasi Scott Pilgrim vs. The World menjadi anime.

Bryan Lee O’Malley selaku pencipta akan turut tulis siri animasi ini, dan turut menjadi penerbit bersama-sama dengan BenDavid Grabinski. Tiada informasi lanjut lagi mengenai pelakon suara atau tarikh siaran, sama-sama kita nantikan adaptasi kedua ke kaca skrin selepas 12 tahun filem ditayangkan.

Sohor Kini