Filem bertemakan Viking adalah filem yang jarang dihasilkan. Ada siri di Netflix, ada beberapa filem sebelum ini, tetapi tiada yang benar-benar hebat yang mudah untuk diingati sehinggalah baru-baru ini Focus Feature syarikat di sebalik Comcast terbit treler untuk The Northman.

Ia adalah filem bertemakan Viking dengan fokus kepada anak yang telah bersumpah untuk membalas dendam atas kematian bapa beliau. Filem ini berlaku di abad ke-10 mengisarkan Amleth (Alexander Skarsgard) yang ingin membunuh Fjölnir (Claes Bang) yang telah dengan kejamnya membunuh King Horvendill (Ethan Hawke) bapa Amleth.

Ibu beliau adalah Si Permaisuri, Queen Gudrun (Nicole Kidman) dan atas kehilangan bapa – beliau bertanggungjawab atas keselamatan Si Ibu. Amleth turut bekerjasama dengan Olga (Anya Taylor-Joy) yang boleh membantu menghasut orang.

Filem ini turut disertai oleh Willem Dafoe yang memainkan watak Heimir the Fool, Björk pula memainkan watak ahli sihir, Murry McArthur, Ian Gerard Whyte, Hafþór Júlíus Björnsson dan beberapa bekas pelakon Game of Thrones.

Filem ini diarahkan oleh Robert Eggers, individu di sebalik filem “The Witch” dan “The Lighthouse”. Jadi penceritaan dan sinematografi mungkin berbeza dengan filem yang biasa kita tonton. Harapnya dengan barisan pelakpn hebat, penyampaian cerita filem ini dapat memikat hati orang ramai.

The Northman akan ditayangkan pada April 2022 akan datang.

Leave a Reply