HIMYM atau How I Met Your Mother adalah antara sitkom popular. Ia adalah kisah lucu sekumpulan sahabat menempuhi dugaan dan cabaran kehidupan daripada bekerja atau mencari pasangan hidup. Sitkom ini berterusan sehingga sembilan musim dan mempunyai banyak watak menarik yang menghiburkan.

April lalu, Hulu mengesahkan yang merekan akan hadir dengan siri sampingan kepada How I Met Your Mother – iaitu How I Met Your Father dengan Hillary Duff sebagai pelakon utama. Selepas pelbagai imej diacah, Hulu kini hadir dengan treler pertama;

Selepas pelbagai cubaan untuk hadir dengan musim baru dan siri sampingan, siri ini akhirnya menjadi realiti. Hillary Duff melakonkan watak Sophie, iaitu Ted untuk siri ini. Kemudian beliau ditemani dengan Jesse lakonan Christopher Lowell, Valentina lakonan Francia Raisa, Sid lakonan Suraj Sharma, Ellen lakonan Tien Tran dan juga Charlie lakonan Tom Aisley.

Konsep yang sama, cuma lebih ke dunia moden – Sophie juga cuba mengharungi hidup dengan cuba mencari cinta sejati. Pelbagai percubaan dan pasangan, termasuk dengan menggunakan aplikasi mencari jodoh – tetapi masih entah ke mana.

Video ini juga memperlihatkan banyak adegan menarik, lucu dan mungkin menghiburkan. Sinematografi juga berlainan, kerana Hulu dikatakan menggunakan teknologi sama seakan penggambaran The Mandalorian untuk menjayakan siri ini.

Ia akan disiarkan di Hulu pada 18 Januari dengan 10 episod. Tidak pasti lagi sama ada siri ini turut akan disiarkan di peringkat global di platform lain. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini