Siapa sangka yang Harry Potter and the Sorcerer’s Stone sudah pun 20 tahun. Warner Bros. kini sedang menyiarkan Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses, iaitu pertandingan kuiz mengenai dunia Harry Potter anjuran Wizarding World.

Januari 2022 nanti, akan ada satu lagi rancangan Harry Potter khusus untuk peminat – Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts. Treler telah dipertontonkan dan ia adalah nostalgia buat peminat.

Pelakon-pelakon asal termasuk Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson akan bersama-sama dengan Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Jason Isaacs, Gary Oldman, Imelda Staunton, Tom Felton, James Phelps, Oliver Phelps, Mark Williams, Bonnie Wright, Alfred Enoch, Matthew Lewis, Evanna Lynch, Ian Hart dan ramai lagi akan mengimbau kenangan menjayakan filem ini.

Mereka akan berkongsi mengenai kenangan sepanuang penggambatan, menjelaskan impak kehidupan mereka, serta melawati set penggambaran sama. Emma boleh kita lihat sebak bersama Rupert mengimbau kisah lalu yang indah bagi mereka.

Rancangan ini akan disiarkan di HBO Go pada 1 Januari 2022.

Leave a Reply