Jon Favreau atau Happy Bogan adalah orang kanan kepada Iron Man/Tony Stark. Selepas Iron Man, Happy ‘menjaga’ Peter Parker/Spider-Man meneruskan usaha Tony. Watak Happy tidak kira di mana amat memainkan peranan penting bagi adiwira dan watak lain teruskan perjuangan.
Tahukah anda, menurut Kevin Feige – watak Happy Hogan patutnya mati sejak Iron Man 3. Semasa Jack Taggart (Ashley Hamilton) iaitu seorang Extremist meletupkan diri – saat inilah Happy patutnya mati. Tetapi beliau memberi nota kepada Kevin mencadangkan yang Happy tidak mati tetapi hanya cedera parah.

Keputusan ini jugalah membuatkan Peter Parker mendengar nasihat Happy dan May untuk menjadi yang terbaik dan meneruskan hidup bersendirian tanpa bergantung lagi kepada orang lain.
Apa kata anda? Adakah bagus Happy masih ada atau beliau patut mati sahaja semasa Iron Man 3.