Netflix Akan Hadir Dengan Filem Aksi Nyata Mega Man

Nampaknya adaptasi permainan video menjadi filem sedang menjadi trend yang cukup gila. Banyak studio ingin hasilkan iterasi tersendiri dengan mengambil-alih hak cipta IP, kerjasama dan pelbagai lagi.

Kita baru sahaja disajikan dengan treler baharu Sonic The Hedgehog 2, Halo bakal hadir dengan siri TV, Mario juga bakal hadir dengan filem lakonan Chris Pratt dan Tom Holland pula akan berlakon dalam filem Uncharted.

Netflix yang kini sedang fokus dalam industri permainan video, turut ingin cuba lagi dalam kategori permainan video menjadi filem. Arcane adalah antara kejayaan mereka, kemudian ada The Witcher dan kini mereka dilaporkan akan hadir dengan filem aksi nyata Mega Man. Iaitu adaptasi daripada permainan video terkenal pengebom berbaju biru oleh Capcom.

Filem ini akan dihasilkan oleh Netflix dan Chernin Entertainment, yang mana kedua-dua Henry Joost dan Rel Schulman daripada Supermarché akan menulis dan mengarah. Butiran mengenai filem ini masih dirahsiakan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini