Selepas filem Sonic the Hedgehog yang pertama, ramai mula nantikan filem sekuel kerana filem ini boleh diterima. Itupun selepas CGI watak Sonic diubah.

Paramount telah kongsi treler filem kedua iaitu Sonic the Hedgehog 2. Sonic dilihat kini menjadi vigilante menghentikan jenayah, sehinggalah Robotnik kembali.

Dalam treler, bukan sahaja Robotnik lakonan Jim Carrey kembali dengan rekaan mirip rekaan sebenar – tetapi turut masih berhasrat ingin merampas kuasa Sonic. Beliau turut kini mempunyai Knuckles lakonan suara Idris Elba membantu beliau.

Selain ingin merampas kuasa Sonic, Robotnik juga dikatakan ingin mendapatkan sejenis batu zamrud yang boleh menghentikan peradaban. Sonic juga kali ini beraksi dan mengembara bersama-sama Tails.

Filem ini akan ditayangkan pada 8 April 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini