NBCUniversal nampaknya turut ingin mengikuti pesaing dalam penyiaran filem-filem baru di platform penstriman video. Disney, Warner dan ramai lagi telah pun melakukannya – tayangan di pawagam untuk beberapa minggu dan kemudian terus boleh distrim.

Tahun 2022 nanti, filem-filem daripada Universal Pictures, Focus Features, Illumination dan DreamWorks Animation Films akan boleh distrim di Peacock selepas 45 hari di pawagam. Antara filem yang boleh distrim ini adalah The 355, Halloween Ends, dan Downton Abbey: A New Era.

Walau bagaimanapun, filem dengan harapan Blockbuster seperti Jurassic World: Dominion atau Oppenheimer filem Christopher Nolan tidak tersenarai untuk boleh distrim.

Adakah NBCUniversal terlambat atau 2022 masa terbaik? Apa kata anda?

Leave a Reply