Babai Bebop! – Netflix Membatalkan Siri Cowboy Bebop

Hanya selepas sebulan selepas musim pertama ditayangkan di Netflix, siri aksi nyata Cowboy Bebop telahpun dibatalkan. Siri ini dibatalkan walaupun menerima tontonan yang tinggi semasa minggu ia dilancarkan tetapi nampaknya masih tidak melepasi piawaian untuk siri diteruskan ke musim kedua.

Cowboy Bebop versi aksi nyata dibintangi John Cho, Mustafa Shakir, dan Daniella Pineda yang melakonkan watak ikonik dari anime popular 90an. Dengan siri sudah dibatalkan, tiada sambungan untuk jalan cerita yang telah diacah dalam episod akhir musim pertama. Peminat tegar anime tidak menyukainya sementara mereka yang tidak pernah menonton karya asal pula merasakan siri ini terlalu aneh. Ini bukanlah permulaan langkah kanan dari Netflix yang juga ingin mengadaptasi anime Avatar The Last Bender One Piece, dan Yuyu Hakusho.

Sohor Kini