Rockstar Games telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk GTA Online iaitu The Contract akan memperlihatkan kembalinya Franklin Clinton iaitu salah seorang daripada tiga watak untuk GTA 5, ia juga akan menyertakan misi penceritaan yang melibatkan Dr. Dre.

Anda boleh tonton video pengumuman untuk The Contract di bawah.

Franklin Clinton kini merupakan pengasas ‘F. Clinton and Partner’ yang akan menyelesaikan masalah untuk orang-orang kaya di Vinewood. Di dalam The Contract, Dr. Dre mempunyai satu lagu yang tidak disiarkan lagi tersimpan di dalam telefonnya yang telah diambil oleh orang lain. Oleh itu, pemain akan membantu Franklin untuk menyelesaikan masalah tersebut.

The Contract akan tiba pada 15 Disember dan Rockstar Games akan melakukan pengumuman lanjut tidak lama lagi. GTA Online sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan disertakan bersama dengan GTA V. Ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series secara berasingan tidak lama lagi.

Sohor Kini