Majlis Keselamatan Negara telah mengemaskini SOP di Malaysia hari ini dan akhirnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dibenarkan kembali menonton filem di panggung wayang. Kanak-kanak bawah 12 tahun walau bagaimanapun perlu ditemani ibu bapa yang sudah divaksinasi sepenuhnya sepanjang masa di dalam panggung.

Turut boleh dilakukan ialah pembelian makanan serta minuman secara terus di kaunter panggung wayang. Sebelum ini pra-pesanan perlu dilakukan semasa melakukan pembelian tiket. Dengan kembalinya kanak-kanak ke panggung, pengusaha boleh menghela nafas lega kerana beberapa filem untuk kanak-kanak kini boleh ditayangkan selepas sebelum ini hanya boleh menyasarkan penonton dewasa sahaja.

Sumber @GSCinemas

Leave a Reply