Peacemaker Mungkin Bertaubat – Ini Treler Baharu!

The Suicide Squad adalah olahan semula (soft reboot)/sekuel kepada filem Suicide Squad arahan David Ayer. Kali ini ia diarahkan oleh James Gunn dan banyak menggunakan elemen aksi ngeri, berdarah dan bahasa kesat. Apa yang menarik dengan siri TV ini adalah, ia mempunyai dunia yang tersendiri.

Sambungan pertama bagi filem ini adalah siri TV di HBO Max Peacemaker. Ia merupakan kesinambungan kepada The Suicide Squad, dalam adegan pasca-kredit Peacemaker lakonan John Cena berada di hospital.

Terkini, HBO Max telah kongsi treler baharu untuk Peacemaker.

Siri TV ini akan bermula dengan itu dan akan memfokuskan Peacemaker bersama ahli pasukan anti-hero melakukan kerja black-ops kerajaan. Dalam video ini ia dilihat Peacemaker menjadi kehendak polis bersama dengan ahli pasukan lain. Beliau juga dilihat sudah menjadi semakin baik dan mungkin ingin bertaubat.

Siri TV ini akan disiarkan di HBO Go Januari akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini