Selepas sekian lama, filem The Matrix 4 atau The Matrix Resurrections adalah antara filem yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Filem ini adalah sekuel kepada trilogi sebelum dan turut memberi petanda yang dunia The Matrix telah diolah semula? Atau Neo yang sudah tua kembali ke dunia tersebut? Apa yang berlaku memang misteri dan menjadi tanda tanya.

Terbaru, Warner Bros. telah kongsi treler baharu untuk filem ini dengan judul Déjà Vu.

Video ini memperlihatkan yang Neo masih seakan ingat akan memori lampau beliau ketika filem pertama dan seakan sedang digantikan dengan memori baharu. Beliau seolah melalui semula apa yang telah beliau lalui sebelum ini.

Tetapi dalam dunia The Matrix, Déjà Vu adalah masalah kerosakan rawak dalam sistem atau glic sedang berlaku. Apakah nasib Neo dalam filem ini? Sama-sama kita nantikan ketibaan filem ini Disember akan datang.

Sohor Kini