Yahya Abdul-Mateen II iaitu pelakon Manta dalam Aquaman, Morpheus dalam filem The Matrix Resurrections, atau Anthony McCoy dalam filem dan banyak lagi telah mengumumkan studio sendiri iaitu syarikat produksi untuk menghasilkan filem dan siri TV – House Eleven10.
Hasrat studio ini adalah untuk mencipta kandungan yang memfokuskan pembinaan dunia dan dinamik di antara watak, serta ingin berlaku adil dalam pemilihan bakat. House Eleven10 turut menyatakan yang mereka telah menandatangani kerjasama dengan Netflix.

Antara yang studio ini terlibat sebelum ini adalah The Get Down, The Trial of Chicago 7 dan juga Black Mirror. Untuk kandungan baharu, mereka masih tidak mendedahkan apa-apa lagi buat masa ini.


