Boba Fett Janji Akan Tidak Akan Memerintah Sama Seperti Jabba

The Book of Boba Fett akan disiarkan di Disney+ Hotstar 29 Disember ini. Siri TV ini adalah sekuel kepada The Mandalorian musim kedua dan turut akan menyampaikan kisah Boba Fett seperti misi silam dan apa yang akan beliau ubah sebagai pemerintah dunia penjenayah.

Di samping beliau adalah Fennec Shand yang ganas dan hebat dalam apa jua aksi. Beliau juga adalah tegas dan menurut perintah.

Terkini, Star Wars telah kongsi satu video mesej daripada Boba Fett;

Video ini mempertontonkan, dengan semangatnya Boba Fett akan mengambil-alih takhta Jabba The Hut. Beliau dengan tegasnya menyatakan cara beliau memerintah adalah dengan hormat, berbeza dengan Jabba yang memerintah dengan ketakutan.

Video ini turut memperlihatkan sedikit klip yang mungkin akan menceritakan bagaimana Boba hidup selama ini dan sedikit sejarah kehidupan beliau dalam francais Star Wars.

Sohor Kini