Skip to main content

Filem The Batman adalah filem Batman yang dinanti-nantikan. Ia adalah olahan semula dunia Batman oleh Matt Reeves dengan Bruce Wayne/Batman dilakonkan oleh Robert Pattinson.

Baru ada dua treler dan ia sudah membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menontonnya di pawagam. Walaupun begitu, jelan cerita penuh filem ini masih belum jelas, sehinggalah hari ini. Warner Bros. UK telah mengemaskini laman web mereka dengan sinopsis baharu untuk filem ini.


Sudah dua tahun Batman menentang penjenayah jalanan di bandar Gotham, kini bruce Wayne terbabit dengan satu agenda lebih dahsyat. Dengan hanya Alfred dan James Gordon di sisi, bersama-sama mereka menegakkan keadilan untuk penduduk Gotham daripada golongan elit yang terlibat dengan korupsi.

Golongan elit ini pula kemudiannya diancam dengan pelbagai teka-teki, tekaria, dan banyak lagi misteri yang membunuh – Batman mula bertembung dengan watak seperti Selina Kyle/Catwoman (Zoë Kravitz), Oswald Cobblepot/Penguin (Colin Farrell), Carmine Falcone (John Turturro), dan juga Edward Nashton/the Riddler (Paul Dano).

Apabila bukti mula muncul dan rancangan penjenayah mula jelas, Batman perlu bersepekat, merungkai agenda penjenayah dan membebaskan Gotham daripada salah guna kuasa dan korupsi yang sudah lama meracuni bandar Gotham.

Diterjemah daripada versi asal di laman web rasmi Warner Bros. UK

Filem ini akan ditayangkan pada 4 Mac 2022. Sama-sama kita nantikan ketibaan filem ini dan pawagam dan saksikan sendiri – adakah ini iterasi filem aksi nyata Batman terbaik?

Leave a Reply