Selepas mencipta nama dengan bakat nyanyian dan tarian masing-masing, Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Scarlett Johansson, Taron Egerton, Nick Krol dan ramai lagi pelakon sama kembali untuk Sing 2 sekuel kepada Sing.

Kali ini mereka semua ingin mencuba bertanding ke peringkat dunia pula. Tetapi ada halangan seperti Clay lakonan Bono seekor legenda rock yang enggan bernyanyi, Porsha lakonan Halsey yang cuba meminta perhatian dan banyak lagi.

Video treler terakhir filem ini telah dikongsi;

Ia dilihat masih dipenuhi dengan emosi, lucu dan saat genting dalam tema muzikal dengan muzik-muzik terkenal di peringkat global. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Januari akan datang.

Sohor Kini