Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang akan mencari muzik-muzik menarik yang pernah dimainkan dalam filem-filem atau siri-siri TV kegemaran. Biasanya selepas tonton K-Drama, filem gempak seperti Dune, atau juga mana-mana siri TV saya akan terus buka platform penstriman muzik untuk mencari agar dapat mendengar semula.

Kini Spotify telah memudahkan bukan saya seorang, tapi semua yang ada perangai seperti saya. Mereka telah melancarkan Netflix Hub, iaitu senarai main runut bunyi (OST) rasmi daripada kandungan popular di Netflix. Terdapat 22,500 senarai main dalam “hab” ini.

Daripada La Casa de Papel (Money Heist)BridgertonOn My Block, Squid GameBruisedatau juga Cowboy Bebop anda boleh strim semua muzik/bunyi kegemaran terus daripada Spotify. Bukan itu sahaja, podsiar berkaitan seperti Okay, Now ListenNetflix Is A Daily Joke, 10/10 (Would Recommend), dan The Crown: The Official Podcast turut boleh diakses dengan lebih mudah.

Kandungan eksklusif untuk filem The Harder They Fall turut ditawarkan dengan menyertakan selebriti seperti Jay-Z, Kid Cudi, Koffee, dan Ms. Lauryn Hill turut boleh distrim. Pengguna turut boleh akses semua kandungan menarik ini melalui Canvas, Storylines, atau senarai main Clips.

Khusus untuk peminat Money Heist, Spotify turut menawarkan senarai main khas (belum boleh diakses) dan menyertai kuiz untuk melihat citarasa muzik masing-masing sama atau tidak dengan watak dalam Money Heist.

Sohor Kini