The Hollywood Report hari ini melaporkan bahawa Beau Willimon, pencipta siri televisyen poliitik popular House of Cards akan bekerjasama dengan SK Global untuk membangunkan siri televisyen mengenai skandal 1MDB.

Ia dilaporkan bahawa siri tersebut akan dibangunkan berdasarkan buku Billion Dollar Whale yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope. Beau Willimon dan Jordan Tappis akan dibiayai oleh SK Global, syarikat yang juga membiayai filem Crazy Rich Asians.

Skandal 1MDB dikenali sebagai skandal kewangan terbesar di Malaysia yang melibatkan pelbagai individu dan juga lapisan sosio-politik tempatan dan antarabangsa. Ia bukan sahaja melibatkan syarikat 1Malaysia Development Board, kerajaan Malaysia, industri perfileman Hollywood dan juga institusi-institusi kewangan antarabangsa, yang rata-rata boleh dikatakan masih belum diselesaikan sehingga kini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi platform manakah siri televisyen ini akan disiarkan. Berdasarkan skala skandal ini, ia tidak mengejutkan jika terdapat beberapa stesen televisyen antarabangsa dan platform penstriman popular yang akan mahukan siri ini disiarkan di platform mereka.

Sumber: The Hollywood Reporter

Sohor Kini