Rasmi: Papa Zola Akan Dibuang Daripada Filem BoBoiBoy

Beberapa jam lalu, telah kami laporkan yang Monsta akan membuat keputusan untuk membuang satu watak daripada filem BoBoiBoy. Alasannya adalah kerana, filem BoBoiBoy terlampau banyak watak dan masing-masing merebut masa dalam skrin.

Selepas meminta pendapat orang ramai, Nizam Abd. Razak selaku CEO Monsta dan juga pelakon suara Papa Zola mengesahkan yang watak Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang. Dengan membuang watak ini, watak-watak lain dapat diberi peluang untuk lebih menyerlah dalam filem.

Peminat BoBoiBoy usah risau, kerana Papa Zola masih ada dan watak ini bukannya dimatikan. Beliau hanya tidak akan muncul dalam filem sahaja. Siri animasi sampingan Papa Pipi masih ada lagi penglibatan beliau dan mana tahu siri animasi akan datang beliau juga boleh tampil sebagai cameo?

Sohor Kini