Hari ini di Disney+ Hotstar Malaysia, anda semua sudah boleh mula strim filem MCU Shang-Chi and The Legends of the Ten Rings dan juga Jungle Cruise. Bersama-sama dengan dua filem ini, Home Sweet Home Alone, Olaf Presents, Ciao Alberto, filem-filem pendek The Simpsons musim kedua The World According to Jeff Goldblum, rancangan khas Star Wars memfokuskan Boba Fett, rancangan khas MCU dan juga Dopesick.

Bagi mereka yang terlepas ke pawagam untuk Shang-Chi dan Jungle Cruise, anda kini boleh tonton bersama seisi keluarga dan yang tersayang atau juga seorang diri di rumah. Tidak lagi terhad kepada penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja seperti di pawagam.

Mereka yang ingin mengimbau kenangan lalu, tetapi ingin tonton iterasi moden sudah boleh strim Home Sweet Home Alone untuk lihat bagaimana seorang kanak-kanak yang tertinggal di rumah bersendirian semasa musim cuti melindungi diri.

Leave a Reply