Yoshiko Ohta Seiyū Asal Suara Nobita Meninggal Dunia

Yoshiko Ohta pelakon yang pertama meminjamkan suara beliau kepada watak Nobita dari siri Doraemon dilaporkan meninggal dunia pada 29 Oktober lalu pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung. Walaupun sudah lebih seminggu meninggal dunia, kematian beliau hanya diumumkan pada hari Isnin yang lalu.

Beliau menyumbangkan suara sebagai Nobita dalam siri dan filem Doraemon sejak 1973 sebelum menjadi palkon suara untuk cucu Nobita pula Sewashi dari 1979 hingga 2005. Selain itu beliau turut memainkan watak Leo dalam siri Kimba The White Lion,  Akko dalam Himitsu no Akko-chan, Sapphire dalam Princess Knight, dan Gan-chan dalam Yatterman. 

Sumber Livedoor

Sohor Kini