Ghostbuters: Afterlife adalah filem Ghostbuster baharu yang merupakan sekuel secara terus kepada francais asal filem ini. Anak beranak Jason Reitman dan producer Ivan Reitman bertanggungjawab untuk filem Ghostbuter baharu ini,

Filem ini mengisahkan keluarga Egon Spengler (lakonan mendiang Harold Ramis dalam filem asal) iaitu Callie (lakonan Carrie Coon), Phoebe dan Trevor lakonan (lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard). Egon telah meninggalkan harta beliau kepada keluarga beliau dan mereka telah menemui harta khazanah pasukan Ghostbuters seperti The Proton Pack dan juga Ectomobile.

Tanpa disedari selepas sekian lama, hantu dan raksasa mula melepaskan diri di bandar kecil ini mengganas dan mengganggu semua orang. Sebagai waris pasukan Ghostbuster, pasukan kanak-kanak ini dibantu oleh seorang guru lakonan Paul Rudd mereka cuba merungkai misteri di sebalik kejadian serta menjadi pasukan Ghostbuster serba baharu.

Treler ini memperlihatkan banyak aksi menarik, adegan mengejutkan, seram komedi dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini 2 Disember akan datang.

Sohor Kini