Semasa acara TUDUM: A Global Fan Event, Netlifx telah mengumumkan puluhan kandungan baharu untuk platform penstriman mereka. Daripada filem, siri TV, animasi, K-Drama, dokumentari dan banyak lagi.

Antara kandungan menarik dalam segmen K-Drama adalah My Name dan Hellbound. My Name sudah pun disiarkan, iaitu kisah balas dendam antara gangster dan polis. Hellbound pula kelihatan lebih menarik, kerana berasaskan webtoon dan kelihatan ada aksi yang seram dan seriau.

Netflix kini telah mempertontonkan treler kedua bagi siri TV ini;

Seperti sebelum ini ia memperlihatkan tema super natural dan sedikit ke arah keagamaan yang melibatkan hukuman mereka yang berdosa, neraka serta makhluk-makhluk mistik yang menggerunkan. Siri ini juga memperlihatkan konsep kultus dan perundangan untuk menentukan siapa bersalah ataupun tidak dan bagaimanakah hukumannya.

Treler ini dilihat amat menarik dan siri TV ini mungkin boleh menarik perhatian orang ramai. Persoalannya, adakah siri TV ini boleh menandingi Squid Game? Sama-sama kita nantikan siarannya 19 November ini.

Sohor Kini